Thursday, March 22, 2007

Pergerakan Pengakap

Pergerakan pengakap yang diasaskan oleh Lord Baden Powell pada tahun 1907 di England kini dianggotai oleh 216 negara dan jajahan di seluruh dunia.

Bilangan keahlian diseluruh dunia lebih daripada 28 juta pengakap dan daripada itu 17 juta pengakap adalah datang daripada rantau Asia –Pasifik.

Pergerakan pengakap bermula di malaya pada tahun 1910 dan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) menjadi ahli penuh Pertubuhan Pengakap Sedunia pada tahun 1957.

PPM ialah satu pergerakan badan sukarela beruniform tertakluk dibawah Akta Parlimen, iaitu Akta no. 38 tahun 1968 pindaan no.134 tahun 1974.

Bilangan keahlian di Malaysia pada tahun 2005 ialah lebih kurang 160,000 orang. Keahliannya terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan juga usia.

Tujuan berpengakap ialah untuk mengalakan perkembangan rohani, jasmani, intelek, emosi dan pergaulan yang sihat dikalangan generasi muda supaya mereka dapat mengambil bahagian yang membina dalam masyarakat sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi.

(* Dipetik daripada http://planet.time.net.my/Sepang/mymai/pengenalanpengakap.html)


Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,

Saya berjanji dan bersetia,

Yang saya dengan seberapa daya upaya,

Saya akan;Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,

Menolong orang pada setiap masa dan;

Menurut Undang-undang Pengakap